Wednesday, 26 May 2021

SERANGAN PEMUDA UMNO DUNGUN

Pemuda UMNO Dungun serang kita, kenapa kita tidak serang mereka semula? 

Inilah pertanyaan bertali arus yang masuk dalam mesej whatsapp saya sejak semalam. Pemuda UMNO Dungun bukan sahaja menghunus serangan tetapi menyemarakan api FITNAH yang nyata. 
Kesanya bukan sedikit. Ribuan orang yang tidak tahu menahu cuba menyebarkan semula api FITNAH itu. Ada yang yakin memBABI buta bukan setakat di Terengganu malah merebak ke seluruh negara. 

Di pihak penyebar pula mereka menambah nambah, penyebar ini sudah tentu dari kalangan UMNO dan PAN. Walaupun mereka tidak ada perjanjian persefahaman politik, tapi mereka saling bertukar tangan membuat serangan. 
Di pihak anak-anak muda PAS pula, gelodak ingin menyerang balas berkobar-kobar. Tapi ada satu kehebatan pada mereka, mereka tanya sepatah pimpinan di kalangan mereka. 

Boleh tidak boleh? benar tidak benar? Mereka sudah lama menyimpan geram ingin membalas serangan. Tapi mereka tunggu arahan. Yang mereka menjawab itu sekadar menepis serangan bertali arus. Bukan menghala hunus serangan. 

Walaupun setiap hari,  bukan kecik-kecik punya pimpinan UMNO menyerang kerajaan PN, tapi pemuda kita tidak terikut tarian UMNO yang dibuat oleh bekas Presiden UMNO sendiri. 

Pelik dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah Dunia ( bakali laa) parti yang bersama wakilnya berada dalam kerajaan menyerang depan-depan kerajaan yang dia sehagiannya. 

Tidak peliklah jika berlaku di Terengganu. Kita ajak duduk bersama dalam JPKK agar boleh memupuk semangat kekitaan di kalangan masyarakat kampung, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu tolak mentah-mentah. 

Cabar pula akan berlawan cacang dalam PRU nanti. Dulu kata MB Terengganu tak bincang dengan dia, MB Terengganu pun pergi ke rumah dia di Kijal, tapi apa dia buat? Dia megah MB Terengganu mari 'melutut' cari dia. 

Tak apalah kita tinggal hal dia tu. Berbalik pula kita isu pokok sehari dua ini. Kenapa kita tidak menyerang balas? Kenapa? Kenapa? Marah segelintir anak muda yang cuba memberontak mempertahankan Kerajaan Negeri pimpinan PAS. 

Pertama sekali ialah kita masih ada ikatan ' Muafakat Nasional' yang kita sudah sepakati.  Kedua, Kita dalam mood bersama-sama solidari sahabat Islam kita di Bumi Ghazah dengan semangat mengibarkan bendera Palestine tanda kebersamaan. 

Ketiga, kita masih lagi memikirkan perpaduan Islam dan Melayu untuk sama-sama lawan DAP agar mereka tidak kembali memerintah negara. Kita sudah merasai bersama selama 22 bulan bagaimana mereka memerintah Malaysia. 

Cukuplah dengan tiga sebab kenapa kita tidak menyerang balas tindakan segelintir pemimpin UMNO menyerang kita khasnya di Terengganu. 

Kalau ada pun pemuda kita yang dikatakan membalas serangan, itu buka balas serangan. Itu hanya 'JERKAH'. Dah kamu siang malam bertepik depan rumah ajak bergaduh, kamu provok dan melempar batu, jadi pemuda kami jerkah untuk menyatakan kami tidak mahu bergaduh. 

Tapi..... bila pimpinan kami istiharkan PAS dan UMNO tidak ada lagi ikatan seperti Muafakat Nasional, kami akan patuh menyahut semboyang perang terhadap kamu. 

Kita bukan baru bermusuh. Berpuluh tahun, dari Tuan Guru -Tuan Guru kami muda sampai mereka sebahagianya sudah tiada. Tapi semangat mereka masih membawa di jiwa- jiwa kami. 

Kamu boleh bertempik menjerit-menjerit mencabar kami. Kami tidak akan ambil tindakan sembrono menyerang kamu, tapi jangan ingat kami menikus. Di sana ada BAB mempertahankan diri....itu kami tidak gunakan lagi sepenuhnya hal ini. 

Sekian. 
Catatan Isu minggu ini.
Naraza Haji Muda
27 Mei 2021 | 10:00 pagi.

Saturday, 20 March 2021

HAPUS HUTANG PENEROKA FELDA

KAMI MERAYU KEPADA KERAJAAN PN SUPAYA HAPUSKAN HUTANG PENEROKA FELDA RM7.5 BILION 

Isu lapuk yang berlarutan terutamanya selepas pakej tranformasi FELDA sejak 2012, telah menjadi isu besar dan gagal dimuktamadkan oleh FELDA sejurus Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi pengerusi FELDA. 

Janji demi janji telah diberi, sehinggalah kemuncaknya kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional dan menyasikan 54 parlimen  FELDA  membuktikan peneroka FELDA marah dengan apa yang berlalu. Hampir separuh daripada kerusi ini dimenangi pembangkang dan telah membentuk kerajaan selepas PRU14. 

22 bulan Pakatan Harapan(PH) gagal merubah wajah FELDA secara Holistik sebaliknya banyak janji kepada peneroka sebelum pilihanraya tidak dilaksanakan. Adalah beberapa perkara kecil dilakukan mereka tetapi tidak memberi impak besar menjurus kepada penyelesaian isu-isu besar. 

Oleh itu, kesempatan inilah di waktu Perikatan Nasional(PN) memerintah ini kami merayu kepada Perdana Menteri, seluruh Ahli Parlimen terutamanya mereka yang mewakili 54 parlimen kawasan yang ada FELDA agar bersama-sama kerajaan membincangkan isu ini. 

Penghapusan semua atau sebahagian hutang yang masih gagal dimuktamadkan ini adalah jalan terbaik kepada semua. Sebelum ini mantan Pengarah Besar Felda Datuk Othman Omar melalui berita Harian pada 25 Febuari 2019 mendakwa FELDA telah berjaya memuktamadkan RM5.5 Bilion hutang peneroka dan baki RM2 Bilion lagi masih dalam usaha memuktamadkannya. 

Episop ini berlarutan sehingga ke hari ini, sewajarnyalah PN mengambil tindakan drastik dan berfokus agar kesemua akaun 112 635 peneroka FELDA diseluruh 317 tanah rancangan menerima perkhabaran gembira dan tanda kebersamaan mereka kepada kerajaan. 

Saya merayu sangat-sangat, setulusnya harapan ini mewakili seluruh peneroka dan hampir 2.2 juta warga FELDA agar perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dari Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan seluruh anggota kabinetnya. 

Sekian. Setulus Pengharapan.
Naraza Bin Haji Muda
Anak Peneroka 1043 Peringkat 1 Felda Jerangau Terengganu
16 Mac 2021 / Tel: 019-9861384