Monday, 12 October 2015

PGBF

Kenyataan Media:
Hal Ehwal Felda Pas Pusat
13 Oktober 2015

FELDA PERLU SELESAIKAN SEGERA PROJEK PGBF YANG TERBENGKALAI

Sekali lagi pihak Hal Ehwal Felda Pas Pusat ( HEFPP ) mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad kerana memberi respon segera terhadap desakan Ngo GENERASI yang banyak membangkitkan permasalahan perumahan generasi 2&3 Felda yang sangat mendesak.

Pengerusi Felda mengulangi janjinya untuk memastikan Felda menyiapkan 20,000 unit buah rumah untuk generasi 2&3 Felda menjelang 2018 dalam satu majlis di Tanjung Malim pada 06 Oktober 2015 lalu.

Projek Perumahan Baharu Generasi Felda PGBF dimulakan pada tahun 2012 dengan peruntukan RM1.4 billion, dan sehingga kini 8570 unit dalam proses pembinaan dan sebahagian kecil sudah siap dibina di seluruh negara.

Namun apa yang mendukacitakan warga generasi Felda, banyak projek ini menghadapi masalah sehingga menimbulkan kebimbangan dan keserangsian apakah peserta dan pemohon dapat menduduki rumah ini mengikut tempoh yang dijanjikan.

Ada beberapa projek yang sudah siap tetapi tidak dapat dijual kerana perbagai masalah teknikal seperti status tanah dan kelayakan pemohon itu sendiri. Sebagai contoh PGBF di Felda Padang Piol Jerantut, sudah siap sepenuhnya tetapi masih tidak dapat diagihkan.

Apa yang mengejutkan pihak kami, Felda terpaksa membuat pinjaman baharu RM300 juta melalui bank perdagangan untuk selesaikan 7 Projek PGBF yang dikategorikan 'sakit '.

Pihak kami telah mengenal pasti 7 projek PGBF sakit ini iaitu, Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg Awah dan Felda Chini 3, semuanya di Pahang.

Pahang di antara negeri yang paling banyak mendapat projek PGBF, sekitar 4000 unit buah diperuntukan dan telah dilaksanakan tetapi masih di tahap 50 peratus pelaksanaan dan ada yang terbengkalai di peringkat awal penyediaan tapak lagi.

Di Terengganu pihak kami mengesan 5 projek perumahan PGBF dan sentuhan kasih. Malangnya tiada satupun projek ini siap sehingga oktober 2015. Lebih malang ada projek ini hanya dilihat umpan piliharaya sahaja. Di Felda Bukit Bading 98 unit disebut akan dibina dan sudah siap pelancaran pecah tanah oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu pada 2012, apa yang menyedihkan hanya semak samun penganti unit rumah .

Justeru itu pihak kami mengharapkan Felda melaksanakan dan menyelesaikan dahulu semua projek PGBF ini sebelum memberi jaminan akan menyiapkan kesemua 20,000 unit menjelang 2018.

Hal Ehwal Felda Pas merasakan adalah tidak wajar satu keperluan warga generasi Felda ini dijadikan umpan dan bahan ugutan untuk kepentingan politik sempit. Kami bersetuju dengan penyediaan peruntukan RM1.4 billion untuk 20,000 unit rumah, tetapi kami tidak sekali-kali bersetuju sebarang penyelewengan berlaku.

Kami sudah menubuhkan Jawatankuasa untuk memantau semua projek perumahan ini di kawasan Felda seluruh negara bagi memastikan setiap projek ini dilaksanakan dengan telus oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Sekian .

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas.

Wednesday, 1 April 2015

Gelisah Sedetik & Tika ( GST)

GELISAH SEDETIK & TIKA (GST)

Pagi kedua dibulan April redup!
Alam ini sedang ratapi kerakusan sang pemerintah kejam dan maha zalim
Sebelum ini ada insan yang tidak bongah, hari ini sudah berani menyangah
Benci bukan sedikit, marah bukan gurauan

Tiada lagi berlari anak keriangan
Tiada lagi berbalas salam dan senyuman
Kedutan di hamparan dahi makin berlipat
Titis peluh mencurah walau dikedinginan malam

Ulas bibir kian kejap mengukir dendam
Alur kemanisan wajah kian hilang
Dulu lengoh sendi saban hari, kini acap kali terhayun sendiri
Salam kecelakaan menyapa lagi

Kalut di semua sudut
Kecoh di semua ceruk
Ombak dada makin pantas
Angkara sang penguasa yang tidak berperi

Melayu mudah lupa bergema , berpekik
Cina sayu menegok bungkusan air mata khudrat tua menitis
Iban terkaku direnung Phutusamy
Duhai bangsa Malaysia yang direntap kejatian.......

Gasak Sembilu Terkena lagi..
Gugup Sekali  Terpaku terduduk
Gelisah Semalam Terus bertamu
Gemilang Semakin Tandus dari alur kecerianmu...

● nurkilan mangsa penipuan gst...aku dan kamu.
● hari kedua Gst
● tolak gst
Nurkilan Noja Felda Jerangau.
02 April 2015

Saturday, 14 March 2015

Anak Kecil Simbah Air

ANAK KECIL SIMBAH AIR

Anak kecil simbah air
Kerana terbakar hati yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi felda dipijak bukan milik lagi

Ayah dan Mak senang gembira
Tergadai seluruh harta benda
Akibat anak Tun Razak dan Isa
Kenangan LKTP lenyap diarus masa

Indahnya tanah rancangan kita
Warisan berkurun lamanya
Kini hasil mengalir ke tangan pelabur dunia
Anak Generasi merintih di bumi tercinta

Masa depan sungguh kelam
Sudah dilenyap kesatuan ini
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah bangsa merintih lagi

Kini cuma tinggal nama
Kan lenyap nama gah Felda
Rimau mampus tinggal belang
Peneroka mati meninggal hutang

Bangkit ANAK kecil
Kita kian tiada waktu
Apa guna kuasa yang besar
Jika bumi sudah tergadai

Dulu LKTP menolong ayah kita
Felda pula membina kita
FGV datang berupa ceti
Gunung hutang makin kemuncak

Raja Alias menangis sepi
Isa samad meratah haloba
Habis harta diborosi
Tinggal kita teraba-raba

- aku noja felda jerangau terengganu. 14 Mac 2015

Thursday, 19 February 2015

FGV Tunjuk Wajah

Semua kilang memproses sawit seluruh negara milik Felda kini sudah terjenama FGV, Semua transport Felda angkut juga sudah dicelup FGV. Urusan pengurusan ladang peneroka juga sudah dijenamakan dengan ladang FGV, kini hanya tinggal nama Tanah Rancangan yang belum ditukar ke FGV.

Menariknya peruntukan yang sangat besar diperuntukan kepada pihak pengurusan  setiap tanah rancangan untuk jenamakan Kampung Felda menjadikan Penempatan ala berek pekerja ladang. Di dalam ladang pun dah dijenamakan dengan ala-ala estet orang putih zaman penjajah.

Jadi pendek kata tranformasi dari tanah rancangan Felda kini sudah teralih ke wajah siapa tuan Felda sekarang. Peneroka dengan memek wajah tua hasil keringat diperah puluhan tahun dulu kini merenung jauh akan nasib bakal mewarnai sisa hidup yang berbaki dengan hutang puluhan ribu yang tiada riak akan berkurangan jauh sekali hendak dilunaskan sebelum menutup mata ke alam sesudah mati. Tenangkah warga peneroka mati dengan meninggalkan puluhan ribu hutang?  

Kini bala baru mengundang mereka. Kehadiran Syarikat Technoplant  yang mengurus ladang hampir 90 ribu daripada 112 635 peneroka kian galak menindas warga tua ini. Dahulu mereka serahkan urusan ladang mereka dengan harapan mereka boleh kecapi kehidupan dengan tenang sebelum ajal menyapa. Orang kata nak ke masjid dan beribadat dengan sempurna. Lantas kesumat jahat syarikat Technoplant kini menjerut ketenangan hidup  dengan hutang yang warga peneroka ini seolah tiada kisah dengan jumlah terkumpul.

Terbaru kaedah cara pembayaran mengikut ekar dan tan hasil ladang mereka diguna pakai kini benar-benar menyentap sisa ketenangan hidup selama ini yang mereka semua boleh mengecapi hasil serahan ladang mereka  RM1400 sebulan ,cukup untuk mereka makan dengan anak-anak sudah berdikari. Walaupun pendapatan ini separuh dari tahap pendapatan miskin yang ditetap oleh kerajaan berdasarkan permohonan BR1M melayakan pemohon berpendapatan bawah RM3000.

Keluhan warga peneroka ini tiada khudrat untuk didengar oleh sesiapa, nak harapkan JKKR jauh sekali. JKKR sekarang bukan mewakili peneroka lagi, mereka sudah menjadi seakan pegawai Felda yang melaksanakan dasar Felda. Inilah kejayaan seranta felda menanam  kesumat jahat ke dalam pemikiran peneroka yang boleh memimpin dan memacu kumpulan mereka.

Hari ini jangan bicara soal harga saham 800 unit FGV yang mereka banggakan satu masa dulu. Walaupun mereka sedar ajan kejatuhan harganya , hutang pinjaman RM3640.00 dahulu sehingga kini belum dilunaskan sepenuhnya oleh mereka. Jika mereka dipanggi mengadap Sang Pencipta hari ini bertambahlah koleksi hutang warga emas peneroka Felda ini.

Semoga kepulangan anak-anak mereka cuti tahun baru cina ini memberi senyuman sementara kepada mereka dan menghilangkan seketika keserabutan dan tenungan jauh masa depan yang mereka terpaksa hadapi dengan pelbagai liku yang cipta untuk melapah hak mereka yang belum pasti walau geran tanah ladang di dalam gengaman setiap malam dengan titisan air mata yang sudah tiada menintis.

- Nurkilan Pagi Jumaat warga Peneroka
Naraza Muda , anak Felda Jerangau
20/02/2015