Semua kilang memproses sawit seluruh negara milik Felda kini sudah terjenama FGV, Semua transport Felda angkut juga sudah dicelup FGV. Urusan pengurusan ladang peneroka juga sudah dijenamakan dengan ladang FGV, kini hanya tinggal nama Tanah Rancangan yang belum ditukar ke FGV.
Menariknya peruntukan yang sangat besar diperuntukan kepada pihak pengurusan setiap tanah rancangan untuk jenamakan Kampung Felda menjadikan Penempatan ala berek pekerja ladang. Di dalam ladang pun dah dijenamakan dengan ala-ala estet orang putih zaman penjajah.
Jadi pendek kata tranformasi dari tanah rancangan Felda kini sudah teralih ke wajah siapa tuan Felda sekarang. Peneroka dengan memek wajah tua hasil keringat diperah puluhan tahun dulu kini merenung jauh akan nasib bakal mewarnai sisa hidup yang berbaki dengan hutang puluhan ribu yang tiada riak akan berkurangan jauh sekali hendak dilunaskan sebelum menutup mata ke alam sesudah mati. Tenangkah warga peneroka mati dengan meninggalkan puluhan ribu hutang?
Kini bala baru mengundang mereka. Kehadiran Syarikat Technoplant yang mengurus ladang hampir 90 ribu daripada 112 635 peneroka kian galak menindas warga tua ini. Dahulu mereka serahkan urusan ladang mereka dengan harapan mereka boleh kecapi kehidupan dengan tenang sebelum ajal menyapa. Orang kata nak ke masjid dan beribadat dengan sempurna. Lantas kesumat jahat syarikat Technoplant kini menjerut ketenangan hidup dengan hutang yang warga peneroka ini seolah tiada kisah dengan jumlah terkumpul.
Terbaru kaedah cara pembayaran mengikut ekar dan tan hasil ladang mereka diguna pakai kini benar-benar menyentap sisa ketenangan hidup selama ini yang mereka semua boleh mengecapi hasil serahan ladang mereka RM1400 sebulan ,cukup untuk mereka makan dengan anak-anak sudah berdikari. Walaupun pendapatan ini separuh dari tahap pendapatan miskin yang ditetap oleh kerajaan berdasarkan permohonan BR1M melayakan pemohon berpendapatan bawah RM3000.
Keluhan warga peneroka ini tiada khudrat untuk didengar oleh sesiapa, nak harapkan JKKR jauh sekali. JKKR sekarang bukan mewakili peneroka lagi, mereka sudah menjadi seakan pegawai Felda yang melaksanakan dasar Felda. Inilah kejayaan seranta felda menanam kesumat jahat ke dalam pemikiran peneroka yang boleh memimpin dan memacu kumpulan mereka.
Hari ini jangan bicara soal harga saham 800 unit FGV yang mereka banggakan satu masa dulu. Walaupun mereka sedar ajan kejatuhan harganya , hutang pinjaman RM3640.00 dahulu sehingga kini belum dilunaskan sepenuhnya oleh mereka. Jika mereka dipanggi mengadap Sang Pencipta hari ini bertambahlah koleksi hutang warga emas peneroka Felda ini.
Semoga kepulangan anak-anak mereka cuti tahun baru cina ini memberi senyuman sementara kepada mereka dan menghilangkan seketika keserabutan dan tenungan jauh masa depan yang mereka terpaksa hadapi dengan pelbagai liku yang cipta untuk melapah hak mereka yang belum pasti walau geran tanah ladang di dalam gengaman setiap malam dengan titisan air mata yang sudah tiada menintis.
- Nurkilan Pagi Jumaat warga Peneroka
Naraza Muda , anak Felda Jerangau
20/02/2015
No comments:
Post a Comment