AMARAN LAUT BERGELORA...AMARAN GELORA JIWA RAKYAT MACAMANA?
Dungun- Laut sepanjang Pantai Dungun tidak terkecuali dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.Keadaan ini dijangka akan berterusan sehingga esok.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin dengan
kelajuan dari 40 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu,
berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Kenyataan itu juga menyebut angin kencang dan ribut bergelora
kategori kedua yang melanda perairan Condore dan Reef North turut
dijangka berterusan sehingga Jumaat.
Keadaan angin kencang yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi
4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan
termasuk pekerja di pelantar minyak.
Namun semua ini satu keadaan alam, gelora terhadap keperitan hidup rakyat bagai disampahkan oleh pihak kerajaan. Tanyalah semua rakyat di Dungun ini yang baru sahaja terkepung banjir. Tanyalah mereka yang baru sahaja mendaftar anak ke sekolah. keluh kesah mereka bagai irama asyik Menteri Besar dan Exco.
Jalan yang sejengkal pun di bandar Dungun ini mengambil masa 6 tahun, tu pun entah bila siapnya.
Hospital baharu yang dijanjikan RM150 juta bagai hilang ditelan gelora laut. Veldrom untuk belia mengasah bakat sukan basikal entah hilang di mana Failnya.
Agaknya inilah hukuman yang Mat said jatuhkan kepada Masyarakat Dungun yang memberi tamparan besar apabila rakyat memahat 4-0 di Dungun ini untuk memberi isyarat kepada pemerintah.
Semoga kebangkitan kesedaran rakyat Dungun menjadi kilang baja, yang akan menyuburkan kebencian kepada kerajaan Malaysia .
# Bila Hati Dungun Berbicara.