Thursday, 2 January 2014

KOMPLEKS TEKSTIL GAH KESUNYIAN

Tahun 2014 sudah jelmakan kelibatnya. Hanya janji-janji tertinggal sekali dilabuhan tahun berlalu.
Sudah dibawa degilasi dari China yang dikatakan pelabur tekstil terbesar China pusing-pusing namun
tiada tanda semacam ianya akan beroperasi dalam masa terdekat. Apakah sekali lagi duit rakyat terlebur?
RM40.7juta bakal lenyap tanpa memberi pulangan kepada rakyat dan negeri?

Dikatakan sebuah syarikat  tekstil dari Guangzhou China melabur RM500 juta untuk menjalankan perniagaan di kompleks tersebut. Namun sekadar catatan yang tersurat. Bagaimana pula dengan Syarikat tempatan?

Ahli Parlimen Kemaman pernah melakar penulisanya yang PITC akan menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil terbesar di Asia Tenggara. Syarikat berkenaan juga akan membina sebuah lagi bangunan reka bentuk yang sama dengan kompleks tekstil sedia ada. Ini sudah pasti akan merancakkan lagi pembangunan di Kijal.

Para pelabur dari China ini juga akan membawa masuk pelbagai lagi produk yang dihasilkan oleh mereka untuk dipasarkan di Kijal. Syarikat tekstil dari China yang sebelum ini berpengkalan di Singapura akan memindahkan operasinya di Kijal dan seterusnya menjadikan kawasan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil negara.

Pengerusi PITC, Dai Bing Nam menyatakan bahawa kesediaan kerajaan negeri dalam memberi prasarana kemudahan menyebabkan syarikat beliau tertarik untuk melabur. Tempatnya yang berdekatan dengan Teluk Kalong juga memudahkan syarikatnya untuk mengeskport barangan tekstil tersebut terus dari China.Ini diantara hamparan harapan yang disogok kepada media dan rakyat. Namun keyakinan ini sedikit pudar setelah tahun 2014 meniti usianya.

HD Hati Dungun.


No comments:

Post a Comment