Sunday, 5 January 2014



HOSPITAL BARU, RAKYAT TAGIH JANJI

DUNGUN -Kerajaan negeri Terengganu berjanji akan segerakan pembinaan hospital Dungun apabila ditanya di sidang Dewan Undangan Negeri pada 12 Disember 2012. Exco Kerajaan ketika itu Dr. A.Rahman memberi jaminan perkara ini sangat mendesak.

Katanya fasa pertama pembinaan hospital itu akan bermula pada pertengahan tahun depan dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan seluruhnya. Hospital ini akan dibina menerusi peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia secara ' Private Financing Initiative' (PFI)

Setahun berlalu, ini bukan kali pertama janji dihambur oleh kerajaan BN. Menteri Besar juga pernah memberi kenyataan semasa lawatanya di Hospital Dungun satu masa dahulu. Timbalan Perdana Menteri sendiri pernah berjanji di hadapan rakyat di Dungun dengan bersemangat dan tanpa ada unsur pelawok.

Setiap kali berlaku kemalangan jalanraya yang melibatkan mangsa melebihi dua orang, pastinya kelam kabutlah suasana di Hospital ini. Jika ada kes yang serius pastinya juga pesakit lain terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam sebelum dirawat.

itu tidak termasuk pesakit terpaksa di pindahkan jika berlaku hujan lebat di kawasan ini. Dan kejadian ini pernah berlaku di sini.Tapi semua ini bagai menjadi tradisinya pemimpin umno akan bermanis bibir berjanji dan menjadi modal gula-gula untuk menipu masyarakat dungun, baik dari penyokongnya sendiri.

Hospital ini juga akan bertambah kelam dan huru hara jika ada kes kebocoran gas di kawasan Industri Petrokimia di Paka dan kertih, dan ini pernah melakar sejarah beberapa tahun lalu berlaku kejadian seperti ini.

Sampai bilakah Rakyat dungun terpaksa hadapi suasana ini dan menjadi mangsa pembohongan pemimpin yang tanpa segan silu bermain politik walaupun melibatkan isu Hospital ini.


Bicara HD Hati Dungun

No comments:

Post a Comment