DUNGUN – Seluas 411 Hektar Tanah Paya gambut di Kampung Bahagia, Tok Kah Dungun kini masik aktif terbakar dan paling buruk sejak 10 tahun lalu.
Kebakaran yang mula dikesan sejak 26hb Januari lalu masih gagal dipadamkan berikut faktor semasa cuaca yang kering dan ketiadaan sumber air dikawasan terbakar, adalah antara halangan yang dihadapi oleh Pasukan Bomba.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu mengenalpasti 10 kawasan berisiko terbakar di negeri ini iaitu di Lembah Bidung, setiu, Kampung Tok Kah Dungun dan beberapa kawasan di Marang dan Besut.
Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli semasa di temui ketika sesi taklimat Operasi oleh Pegawai Bomba, berharap keadaan ini segera terarah kepada penyelesaian dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
“Jika dalam tempoh terdekat kebakaran masih gagal dikawal ianya dibimbangi memberi kesan kesihatan kepada Penduduk Bandar Dungun dan sekitar.
“Walaupun setakat ini tiada bacaan IPU yang menunjukan tahap udara yang membimbangkan, namun sedikit sebanyak menggangu kehidupan seharian penduduk dan keadaan bertambah teruk dengan angin yang bertiup yang tidak menentu,”ujarnya.
Beliau berkata, PAS Kawasan Dungun akan segera mengadakan solat hajat (istisqa) memohon hujan turun dari Allah SWT, di semua masjid dan surau dalam Daerah Dungun.
“kita bersedia memberi bantuan yang termampu kepada Pasukan bomba dan kita dah pun menyediakan makanan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam usaha memadam kebakaran ini.
“Saya difahamkan 86 anggota terbabait dalam operasi ini termasuk JPAM, InsyaAllah diberikan kemudahan oleh Allah,”kata beliau yang juga meruapakan, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.
Antara masalah lain yang memberi halangan kepada petugas Operasi ini, faktor paya gambut yang dikotegerikan paling dalam di Malaysia.
Ianya perlu satu kajian yang menyeluruh untuk menyelesaikan kebakaran ini.
“Kita juga bersedia menyediakan apa jua kemudahan dan tenaga jika diperlukan dari masa ke semasa. Sudah masuk hari ke 36 kebakaran ini berlarutan dan ini bukan perkara remeh yang sedang kita hadapi,”tegasnya.
Beliau juga berharap pihak berkuasa segera membuat kajian terperinci faktor muka bumi di kawasan ini dan menyediakan Pelan jangka panjang dapat diwujudkan bagi mengelakan kejadian ini berulang.
Katanya, jika perlu pihak berkaitan harus disediakan pegawai peguatkuasa bagi mengawal kemasukan orang awan ke hutan paya gambut itu bagi mengelak perkara ini berulang.
No comments:
Post a Comment