Thursday, 20 November 2014

RASUAH INDUSTRI LOMBONG

NYT: Firma China dakwa bayar untuk ahli politik BN dapat Datuk

8:49PM Nov 20, 2014

Sebuah syarikat perlombongan China mendakwa telah membayar untuk ahli politik BN mendapatkan gelaran Datuk bagi memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu.

 

Li Yang, ketua eksekutif CAA Resources, memberitahu New York Times (NYT), mendakwa dia telah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) bagi setiap ahli politik, yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam lombong itu.

 

Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak kerabat.

 

"Jika kedua-duanya menyokong anda, maka anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, kerana sumber asli semuanya dikawal oleh mereka," Li dipetik sebagai berkata.

 

Menurut akhbar itu lagi, Li juga dipetik sebagai berkata bahawa dia "hanya mengikuti amalan biasa di Malaysia".

 

Dalam reaksinya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) berkata beliau tidak tahu mengenainya.

 

"Ini tak ada dalam makluman saya. Maaf," kata Ahmad Razif, yang juga bertanggung jawab atas sumber asli dalam mesej teks kepadaMalaysiakini.

 

NYT berkata CAA beroperasi di Malaysia selepas Beijing bulan lalu mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan piawaian mengenai hak-hak tenaga kerja, perlindungan alam sekitar dan hubungan masyarakat bagi industri itu.

 

Di Bukit Besi, kata laporan itu, CAA menghindari potensi isu-isu tenaga kerja dengan mengupah pekerja tanpa kesatuan dari Kemboja, Myanmar dan Vietnam.

 

Para pekerja, kata Li, bekerja mengikut sif 12 jam, tujuh hari seminggu dan dibayar berdasarkan berapa banyak perolehan lombong.

 

Para pekerja kolar putih, termasuk akauntan dan jurutera, dibawa dari China.

 

CAA juga menghindarkan daripada melakukan penilaian kesan alam sekitar dengan membahagikan lombong itu kepada dua, masing-masing berkeluasan kurang daripada 500 ekar.

 

Hanya lombong yang berkeluasan lebih besar daripada 500 hektar perlu dinilai untuk kesan alam sekitar.

 

Lombong Bukit Besi pernah menjadi lombong terbesar di dunia dan menjadi sumber bekalan untuk industri besi keluli Jepun semasa Perang Dunia II. Ia ditutup pada tahun 1971.

Wednesday, 22 October 2014

KTB BERJAYA GAPAI SUNGAI Y

OLEH : NM Hati Dungun.

HULU DUNGUN 17 OKT 2014 | Walau permulaan perjalanan konvoi KTB seramai 32 peserta meredah belantara untuk sampai ke Sungai Y di temani hujan lebat, tiada sedikit pun mematahkan semangat menbawa team KTB.

Sesudah solat jumaat di Masjid Kampung Jongok Batu mereka mula berkumpul di Pusat Perkelahan Lubuk Meran Sungai Loh untuk memulakan cabaran sebenar setelah perjalanan di atas jalan raya dari Felda Jerangau hampir 1jam 30 minit .

Tepat jam 3 petang mereka menadah doa, memohon perjalanan mereka selamat masuk dan keluar dari belantara. Sejurus doa diamimkan mereka mula membingitkan suasana dengan exzos pendek dan dibuat khas untuk mendaki dan menuruni Bukit yang sememangnya laluan ini terkenal dikalangan peminat sukan lasak diseluruh Malaysia.

Sebelum itu team KTB sempat berkenalan dan beramah mesra dengan kumpulan Basikal Lasak yang menunggu rakan mereka keluar dari meredah laluan cerung ke Chengal Besar.

Sebahagian rider kali ini adalah menempah pengalaman kali pertama menyahut cabaran lasak ini dan kelihatan sangat teruja . Keadaan laluan kali ini " lembap " kerana hujan turun sekejap-sekejap di sebagian laluan yang mereka perlu tempuhi.

Permulaan yang baik dan sempurna serta pemanduan berhati-hati sebahagian rider kerana mereka tidak mahu di nobat sebagai orang pertama sangkut. Menariknya kali ini kumpulan ini disertai 4 orang team bandar dari Kg Manir dan 4 buah lagi jentera dari Felda Jerangau Barat.

Cuaca agak menyebelahi mereka kali ini. Baru beberpa bukit didaki sudah ada jentera yang meragam dan terpaksa di tunda naik ke puncak dan di baik pulih segera oleh rakan yang lain bagi mengelak jentera ditinggalkan. Mereka agak mengejar masa dan perlu sampai ke lokasi sebelum senja berlabuh.

Oleh kerana penulis berada di kumpulan belakang dan tidak dapat melihat gelagak sebahagian rider KTB yang sedang " mengila " dengan jentera sebahagian besar ex5 yang sudah dipertingkatkan dari sudut kuasa dan kemampuanya untuk mendaki gunung dibantu dengan tayar cross mt sesuai laluan bekas lurah air.

2 jam setengah meredah laluan dan ada peserta hampir tewas angkara jentera semput dan taiming lompat. Kini halangan menanti perserta ini ialah meredah anak sungai berjeram.  Halangan ini paling tidak digemari rider KTB. Pengalaman mereka agak perit bila meredah sungai, apa tidaknya kali ini 6 jentera terpaksa diservis separa. "Mapuh kerah " pekik rider "selok kero" seorang anggota Polis yang terpaksa mencuri cuti apabila events KTB dimaklumkan kepadanya.

Hampir 45 minit konvoi terhenti bagi menunggu jentera ex5 dihidupkan dan hari semakin gelap menyebabkan Ketua Konvoi membuat keputusan semua peserta mesti bergerak satu kumpulan sahaja. Jam sudah menunjukan pukul 6 petang dan keadaan semakin gelap . Selepas 20 minit perjalanan sekali lagi konvoi terkandas dengan keadaan laluan yang sukar. Lurah air yg moleh menyebabkan sebuah kancil ditelannya menimbulkan kecoh dan berbeza pendapat diantara peserta.

" Baik kita patah balik dan kita berkhemah di Jambatan Gantung " kata Youmi. " dalam wooo...kalu jatuh mati " ujar ceding. Mereka mendesak konvoi berpatah balik. Satu pandangan lagi teruskan juga dan ricky laluan baru. "Hari sudah gelap" kata Mat Najib yang terkenal dengan penakut bila hari sudah seban seban.

Pengarah Program Broo Noja membuat keputusan konvoi perlu redah juga halangan kerana dia yakin lokasi yang dituju sudah tidak jauh dari situ. Ingat tidak ingat kerana sudah hampir 15 tahun yang lalu dia sampai ke Sungai Y. Setelah semua bersetuju dengan keputusan teruskan perjalanan ke lokasi yang diputuskan mereka dengan semangat berpasukan membina laluan dengan menggunakan cangkul bagi mengelak sebarang kesilapan meniti di atas laluan yang bercerung itu.

Setelah semua baki 28 jentera melepasi halangan yang paling bahaya ini mereka hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai di tapak perkemahan di tepi Sungai Y. 4 buah jentera team Felda Jerangau Barat terpaksa berpatah balik kerana mereka dari awal memang tidak akan bermalam di belantara, mereka hanya separuh perjalanan sahaja.

Tiada rehat buat team yang sampai walaupun mereka bersorak berjaya kerana hari sudah gelap dan perlu siapkan khemah kerana jam menunjukan 7 malam.  Setelah semua siap mereka hermatbdiri dan terjun ke sungai dalam kegelapan malam. Cuaca memang tidak menyembelahi team ini kali ini apabila selesai makan hujan turun dengan lebatnya.

Bayangkan hujan diwaktu malam di belantara.....penulis entah macamana boleh lena di dalam keadaan sebegini, mungkin tersangat letih dan penulis tiada catatan aktiviti malam . Khabarnya mereka berpesta ikan baung dan tengas. Penulis terpingga melihat hasil tangkapan mereka semalam selepas hujan berhenti....ruginya aku tidor keluh penulis dan buat-buat tidak dengar mereka bercerita keseronokan berpesta ikan. 

#Tahniah Team KTB . Anda memang hebat dalam acara ektrem sebegini.
Kita jumpa di trip seterusnya......

Monday, 6 October 2014

REDAH BELANTARA SUNGAI "Y" TRIP KTB 17&18 OKT

oleh : NM Hati Dungun

FELDA JERANGAU | KTB bergema lagi, bagai tiada serik dengan halangan Twilight Zone, kini mereka berkira-kira untuk redah belantara yang lebih mencabar.

Pengurus media KTB sdr. Alimein Muda menggangarkan 50 peserta akan menguji jentera masing-masing pada 17 & 18 oktober ini dan mengharapkan redahan kali ini lebih memberi cabaran kerana laluan ke Sungai Y perlu melalui bukit yang tinggi dan mengambil masa hampir 5 jam perjalanan.

" walaupun sebahagian peserta sudah biasa dengan laluan ini yang mengikuti trip ke Chengal Besar ini bukan lesen kepada semua peserta untuk memandang mudah  laluan ini, peserta hadapi rintangan yang lebih menarik selepas point Chengal Besar dan 2 jam lagi perjalanan ke Sungai Y" kata Alimien lagi.

Menurut salah seorang peserta Sukeri Salim, beliau sudah membuat persiapan rapi dari awal selepas berjaya menawan Twiligh Zone sebulan yang lalu. " ni lengoh dok ilang lagi ni nok masuk pilok. Aku bekki c70 cross super ktb aku ni dengan harapang ye dok buat hal dan lepas naik kabat semau bukit. Baru ning banyak doh pengalamam, Insyaallah trik ning bereh berasenya" ujar beliau berloghat Terengganu. Beliu yang juga ahli kelab Alza Terengganu.

Menurut pihak pengajur lagi, mereka akan cuba membuat pengisian tertentu kepada paserta agar disiplin dan penyediaan mental serta fizikal yang tinggi selain jentera yang mantap.

Tuesday, 30 September 2014

KTB MENGGANAS LAGI DI TWILIGHT ZONE


Berkumpul di dataran KTB 29 Ogos 2014
FELDA JERANGAU | Bersandarkan pengalaman menerjah hutan belantara "twilight zone" enam bulan lalu, KTB sekali lagi membawa ahlinya ke perut hutan rimba bagi meredah "kedaraan" rimba yang penuh dengan cabaran yang sukar diterjemahkan.

Jika trip pertama KTB bertemakan pencarian MH370, kali ini "Merdeka cara kita" dislogankan dalam misi kali ini. Dengan kekuatan 57 ahli pastinya pekikan ekzos jentera mereka sudah dapat dibayangkan.
Dengan bertemakan hitam, kesemua rider mengenakan tshit berlengan panjang bagai tentera berhaluan kiri, seawal pagi mengamuk pusing kampung "seraound" kata Pok lee limau nipis.
deretan rider & jentera KTB
PERSIAPAN
Trip kali ini 3 hari 2 malam pastinya memberi cabaran yang tersendiri kepada peserta . Pelbagai ragam cara membawa barangan dan bekalan dapat dilihat. Ada sehelai sepingan, ada semacam kargo 40'. Ada yang mengeleng kepala melihat rakan mereka dengan cara tersendiri.
Antara Rider terbaik, Saa Loh
Berkumpul di Dataran KTB seawal pagi, bukan sahaja peserta malah "Marshal Tar" juga lebih sibuk dari peserta. Hampir seratus orang berkumpul disertai juga orang kampung yang tidak melepaskan peluang melihat gelagat geng KTB, " aku dok rajin kelih ramai gini lalu nok masuk utan" sapaan dari Pok Ngoh lee cacing.
Selepas taklimat ringkas oleh otai KTB, semua peserta menadah doa agar sapanjang program ini tiada sebarang kecelakaan berlaku. Sejurus doa disudahi oleh noja, derungan jentera mula mengila dengan bingit bagai medan perang. Apa tidaknya berminggu menyediakan jentera agar tidak meragam sepanjang program.

Dengan berpegang kepada arahan ketua konvoi  "nuar pomen" dan sedaya upaya mematuhi syarat perjalan, peserta yang tidak dapat menyembunyikan keterujaan trip ini mula berbaris tertib memulakan perjalanan. Huh.....hitam sekawan motor  di atas jalan bagai pembarisan kemerdekaan. Siap bendera Malaysia lagi tu..

Sebanyak 4 kumpulan di pecahkan agar melicinkan perjalanan mereka . Cara ini memang betul dan berkesan apabila tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan sejauh 58km jalan bertar melalui Jerangau Sungai- kg. Tepus, Rantau Panjang, Kuala Jengai dan Jongok Batu.
Setelah mengharungi perjalanan berkonvoi selama 1jam mereka sampai ke jalan masuk ke hutan " twilight zone. Dengan kenderaan pengiring 4 buah kereta dan 3 hilux perjalanan lancar dan gah tanpa menyusahkan pengguna jalanraya lain.

Pengajur menyediakan sebungkus nasi lemak kepada setiap peserta yang disponser oleh abg usop ayam , memberi rehat seketika apabila semua peserta diwajibkan makan dan dihabiskan di situ sebelum memulakan perjalanan fasa 2 sejauh 37km jalan tanah merah dan akan mengambil masa kurang lebih 3jam perjalanan. Sambil makan peserta bersembang pasal seronok melihat orang kampung yang kehairanan melihat konvoi ini.

" Sepoket" antara orang yang paling geger dan sibuk kerana dia juga pomen awam program. Semua jentera dia kena cheak. " belang-belang beleber spanar di tangan" sapuk Miwa bila melihat gelagat sepoket. Semasa berkumpul di jalan masuk ini sambil makan, peserta tidak melepaskan peluang membuat pemeriksa jentera masing-masing bagi memastikan jentera mereka cemerlang untuk hadapi halangan berbukit, lurah V dan lurah air. Salah seorang rider, cikgu Liming mengambil kesempatan menukar sais gear jenteranya untuk hadapi laluan sukar ini.
marshal dari Felda Jerangau Barat

Setelah memastikan semua rider bersedia dengan keterujaan luar biasa, Bro Nuar Pomen selaku ketua konvoi meminta kebenaran pengarah Program untuk membenarkan team " Choii " mempalai konvoi bersama kekuatan 10 anggota. Dengan bunyi stail masing-masing group Choii membelah laluan masuk dan ala-ala gong dan teruja tiada dapat disembunyikan apabila pengarah memberi penghargaan kepada team ini untuk menjadi "kepala".

Kepada Marshal yang terpaksa pulang setelah tugasan mereka berakhir di situ, nampak agak kecewa kerana tiada dapat bersama hadapi satu pengalaman baru dan penuh cabaran. Peluang ini bukan selalu ada kecuali KTB tidak serik membuat trip sebegini.Kesemua 57 jentera memulakan perjalanan berhalangan ini dengan penuh berhati-hati untuk mengelakan kutukan saing-saing jika terkandas dipermulaan cabaran sebenar.

Bagi rider yang sudah terbiasa dengan laluan dan program ini memang mereka tiada masalah mengawal jentera, yang kali pertama memang merah muka dan ada yang tidak lepas meniti batang kayu balak melintas parit dan merayu pada peserta lain " mung tolong bawak mutor aku ning" kata Pok Lias zanggi, rider veteren yang berebut dengan anak dia nak join trip ini. Ye lah...mat izat balik dari Perak semata-mata nak join..sampai sini dengor khabor ayah dia yang bawak jentera dia...hahahah antara gelak menganying saing rider lain pada Mat Izat yang merah muka menahan ejekan dan usikan ini.

Semangat kerjasama, tolong menolong dalam kumpulan diterjemahkan setiap kali jentera terkandas untuk melepasi " lurah V", bayangkan dengan ketinggian boleh mencecah 10' peserta perlu menumpu sepenuh perhataian agar tidak menjadi mangsa seluk dan gelak ketawa kawan-kawan semasa menuruni lurah dan setiap kali mendaki dengan gear 1 serta kawalan trotle minyak yang secukup rasa. kalau silap pastinya jentera " conggek ke belakang".

Dengan konvoi ini dipecahkan mengikut kumpulan tertentu, pastinya hanya ahli kumpulan itu sahaja yang dapat melihat gelagat yang berbagai semasa dalam perjalanan. Yang menariknya mereka dikumpulan belakang sekali mendapat rezeki sepanjang jalan. Apa tidaknya " bercotek arek " botol air yang tercicir oleh kumpulan dihadapan.

Kay JPJ awal-awal lagi dah menyemai beras apabila beras yang dibawanya berciciran akibat dari tercucuk kayu semasa melalui jalan yang semak. Bukan beras je yang bertaburan, malah tapak kasut pun dia tertinggal di tempat yang becak. Al-maklumlah kali pertama join selepas bertahun menjadi penjawat awan. Selama ni main kejar mengejar di jalanraya, kali ini baru dia tahu.... . Namun kerana asasnya dia seorang anak peneroka Felda, sedikit sebanyak dia hadapi juga dalam rintangan sukan yang mengila ini. Bayangkan permulaan baru beberapa kilometer pertama dia dah berkasut tanpa tapaknya.
kay dengan aksi kepuasan jiwa setelah jejaki pasir twilight zone

Semasa melintasi anak sungai " Anuar River" bagai terpaksa kami memberi salam kerana teringat peristiwa mistik trip yang lalu, apabila hampir 4 jam nuar pomen berlapar di situ kerana " tertinggal" serta "ditinggalkan" oleh kumpulannya. Yang anehnya semua kumpulan dia yakin nuar sudah pitas mereka dengan laju tanpa menegur peserta lain. Semua orang kata nuar dah ke depan. Sedar tak sedar semasa kami hampir sampai ke lokasi, tiba-tiba kelibat dia tidak kelihatan. Yang peliknya dia sorang je tahu tempat nak dituju. Itu semua biarlah menjadi pengalaman kepada kami. Kami berharap kali ini tiada kejadian seperti ini lagi.



[ bersambung ]

Friday, 19 September 2014

SIAPA PUNYA KERJA

Tangan Ghaib Lenyapkan Usul Muktamar?

SHARE THIS
TAGS
Muktamar Pas ke-60 tiada melabuh tirainya lagi . Jika mengikut jadual asal muktamar akan diselesaikan sabtu sekitar jam 2 petang. Sepanjang hari Jumaat penuh dengan hulubalang negeri berhujah menyokong ucapan dasar dengan pelbagai nada pujian, sindiran dan kutukan.
Seawal Pengerusi Tetap berpantun memulakan gelanggang tahunan, suasana pagi sehingga rehat tengahari sungguh menarik dan memaksa pemerhati terus setia tanpa beranjak seolah ada sesuatu yang mereka tunggu.
Bila tiba masa pembentangan usul dari Pas Pusat bersama muslimat di bentang untuk dibahas mengenai akta hasutan, ianya agak tenang seakan memberi perwakilan merehatkan minda mereka yang seharian dimomok dengan ucapan-ucapan berapi-api.
Lantas memberi tanda tanya kepada perwakilan mengenai usul Dewan Pemuda dan Muslimat yang diluluskan sebulat suara dalam persidangan mereka sehari sebelum Muktamar penuh bermula. Usul agar Jawatankuasa Disiplin Parti mengambil tindakan terhadap 2 ADUN PAS yang dilihat tidak wala’ dengan Keputusan Presiden Parti dalam kes Menteri Besar Selangor.
Bukan hak eksekutif Jawatankuasa usul dipertikai, tetapi penolakan usul yang diluluskan oleh Dewan-dewan sayap kanan parti ini dipersoalkan. Ini bagai mengesahkan cakap-cakap sebelum ini yang tersebar tentang perancangan sulit dan ” melindungi ” dua ADUN ini seolah kebal serta selamat dari tindakan.
Jika usul dari kawasan ditolak, ini perkara biasa. Jika usul dari Dewan ditolak, ini memang luar biasa dan menimbulkan persoalan besar yang bakal menghakis keyakinan ahli serta kewibawaan mereka yang mengetuai Jawatankuasa ini dipersoalkan.
***Naraza Muda adalah aktivis Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun

Sunday, 23 March 2014

MISI MH370 TWILIGHT ZONE

FELDA JERANGAU | 24 Mac 2014 Dengan satu harapan besar terzahir dari keprihatinan terhadap nasib menimpa Pesawat MAS MH370 yang masih hilang sejak 08 Mac lalu dan sehingga kini sudah memasuki hari ke 14, masih belum ada petunjuk di mana Pesawat ini berada dan bagaimana nasib 239 penumpang serta anak kapal yang masih hilang.

Kecekalan 56 anak muda dari Komuniti setempat Felda Jerangau yang sanggup menempuh perjalanan sukar menyusuri hutan belantara " Twilight Zone " di Hulu Dungun selama 2 hari 1 malam bukanlah perkara yang mudah.

Dengan perjalanan selama 6 jam, bermotosikal, pastinya sesuatu yang sukar, apatah lagi melalui jalan balak yang ditinggalkan. Perjalanan peringkat pertama sejauh 50 km melalui jalanraya dari Felda Jerangau ke Kampung Pasir Raja tiada halangan dan hanya mengambil masa 1 jam.

Cabaran bermula apabila kumpulan misi ini memasuki jalan tanah merah sejauh 18km dan menharungi 5 jam perjalanan dengan lurah kesan air yang dalam serta perlu melintasi anak sungai tanpa jambatan dengan tebing yang agak tinggi dan curam. Dengan keadaan cuaca yang kering menyebabkan debu menjadi sebahagian halangan dan memerlukan mereka mengawal motosikal dengan penuh berhati-hati.

Seawal jam 8:00 pagi peserta misi ini berkumpul di perkarangan Sekolah Rendah LKTP Jerangau untuk mendengar taklimat yang diberi oleh ketua Misi, Saudara Anuar Omar. Sebahagian peserta ini bernaung di bawah Kelab Kudder Tayar Butter ( KTB ) yang mereka tubuhkan untuk anak muda kampung ini yang meminati aktiviti lasak bermotosikal.

Misi " #PRAY FOR HM370" oleh KTB ini mencuri perhatian beberapa pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.
Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan Md Ramli, Ahli Parlimen Dungun, memuji usaha ini dan cara simpati diterjemahkan dalam bentuk usaha murni sebegini wajar diteruskan.

"Saya kagum dengan cara sebegini yang ditunjukan oleh 56 anak muda dari Felda Jerangau dapat mewakili masyarakat Daerah Dungun bersama seluruh masyarakat dunia yang sedang berusaha mencari Pesawat MH370 yang masih tidak terjawab dan tidak mustahil terhempas di laluan ini" ujar beliau semasa ditemui oleh wakil KTB di Lobi Bangunan Parlimen.

Pengurus Tanah Rancangan Felda Jerangau, Md. Aslam bin Jahangir Khan, yang memberi ucapan semasa melepaskan konvoi misi ini berharap usaha ini berjaya dan beliau kagum dan bangga dengan usaha ini dan menasihati peserta misi agar mematuhi segala arahan ketua misi dan menjaga keselamatan.

Setelah 34 jam misi ini meredah dan berada di hutan belantara dan sampai ke lokasi mereka akhirnya selamat sampai ke kampung Felda Jerangau jam 6:00 petang 23 Mac dengan rata-rata peserta puashati dan bersyukur kerana usaha ini berjaya masuk dan selamat keluar dari belantara.

Mohd Shukri Salim, salah seorang peserta misi merasa puas dan dapat menimba pengalaman baru yang sukar dikongsi apabila berada di hutan belantara yang sebelum ini beliau hanya mendengar cerita tentang hutan ini. " walaupun kami gagal mengesan sebarang tanda dan petunjuk kapal terbang terhempas di kawasan ini tapi kami sangat berpuas hati" ujar beliau yang masih keletihan.





Sunday, 2 March 2014

411 HEKTAR HUTAN DUNGUN TERBAKAR

DUNGUN – Seluas 411 Hektar Tanah Paya gambut di Kampung Bahagia, Tok Kah Dungun kini masik aktif terbakar dan paling buruk sejak 10 tahun lalu.

Kebakaran yang mula dikesan sejak 26hb Januari lalu masih gagal dipadamkan berikut faktor semasa cuaca yang kering dan ketiadaan sumber air dikawasan terbakar, adalah antara halangan yang dihadapi oleh Pasukan Bomba.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu mengenalpasti 10 kawasan berisiko terbakar di negeri ini iaitu di Lembah Bidung, setiu, Kampung Tok Kah Dungun dan beberapa kawasan di Marang dan Besut.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli semasa di temui ketika sesi taklimat Operasi oleh Pegawai Bomba, berharap keadaan ini segera terarah kepada penyelesaian dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Jika dalam tempoh terdekat kebakaran masih gagal dikawal ianya dibimbangi memberi kesan kesihatan kepada Penduduk Bandar Dungun dan sekitar.

“Walaupun setakat ini tiada  bacaan IPU yang menunjukan tahap udara yang membimbangkan, namun sedikit sebanyak menggangu kehidupan seharian penduduk dan keadaan bertambah teruk dengan angin yang bertiup yang tidak menentu,”ujarnya.

Beliau berkata, PAS Kawasan Dungun akan segera mengadakan solat hajat (istisqa) memohon hujan turun dari Allah SWT, di semua masjid dan surau dalam Daerah Dungun.

“kita bersedia memberi bantuan yang termampu kepada Pasukan bomba dan kita dah pun menyediakan makanan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam usaha memadam kebakaran ini.

“Saya difahamkan 86 anggota terbabait dalam operasi ini termasuk JPAM, InsyaAllah diberikan kemudahan oleh Allah,”kata beliau yang juga meruapakan, Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.

Antara masalah lain yang memberi halangan kepada petugas Operasi ini, faktor paya gambut yang dikotegerikan paling dalam di Malaysia.

Ianya perlu satu kajian yang menyeluruh untuk menyelesaikan kebakaran ini.

“Kita juga bersedia menyediakan apa jua kemudahan dan tenaga jika diperlukan dari masa ke semasa. Sudah masuk hari ke 36 kebakaran ini berlarutan dan ini bukan perkara remeh yang sedang kita hadapi,”tegasnya.

Beliau juga berharap pihak berkuasa segera membuat kajian terperinci faktor muka bumi di kawasan ini  dan menyediakan Pelan jangka panjang dapat diwujudkan bagi mengelakan kejadian ini berulang.

Katanya, jika perlu pihak berkaitan harus disediakan pegawai peguatkuasa bagi mengawal kemasukan orang awan ke hutan paya gambut itu bagi mengelak  perkara ini berulang.

Sunday, 9 February 2014

KEDAMAIAN BELANTARA

HULU DUNGUN | Bila mata terpandang kejernihan air yang mengalir bagai terpukau seketika. Keinginan untuk terjun membasah tubuh tiada dapat disembunyikan lagi.

Sungai kelemin memang popular di kalangan pengemar sukan lasak pacuan 4x4 di sekitar Pantai Timur.

Dengan memandu jalan ber tar dari bandar Dungun sejauh 89 km dan 20 km jslan berbatu dan berbukit dan memakan masa hampir 2jam setengah mampu membawa anda ke sini, bergantung pada cuaca.

Friday, 24 January 2014

Warga Dungun menadah doa

Sudah 30 jam kejadian seorang nelayan terjatuh ke dalam laut dalam di Muara Sungai Dungun. Sana saudara bagai berkampung di Pantai menanti berita dari pasukan penyelamat.
Tekong bot Bayirr menunjukan tempat kejadian
Kami mendaoakan semoga magsa ditemui dengan segera. Mangsa, Muhammad Ariffin 40 masih bujang, bersama 4 rakan magsa keluar ke laut untuk menangkap ikan dan kejadian malang ini menimpa bot yang dinaiki semasa bot cuba memasuki Kuala Sungai untuk ke jeti Perikanan.
orang ramai menanti perkembangan

Sunday, 19 January 2014

WARGA ASING MONOPOLI PERKERJAAN DI LOMBONG BIJIH

BUKIT BESI | Team Hati Dungun akan cuba membongkar cakap-cakap ini. Penduduk Bukit Besi pelopongan melihat sebahagian besar peluang pekerja di lapan lesen kawasan perlombongan yang diluluskan oleh kerajaan Terengganu tidak memberi ruang untuk anak tempatan mengisi peluang perkerjaan di sini.

Kebanyakan sub  kontaktor membawa masuk pekerja asing berkerja dengan mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku dan keranjaan negeri dilihat tidak mengambil peduli hal ini.Apa yang penting nampak di mata rakyat ada industri sedang rancak berjalan.

Kera di hutan disusukan, Anak di rumah kelaparan bagai ada benar peribahasa ini. Team Hati Dungun akan cuba membuat laporan eklusif permasalahan yang melanda penduduk tempatan ini.

Saturday, 11 January 2014

keadaan permukaan jalan berhampiran stesen timbag JPJ Bukit Besi

LUBANG DI PERMUKAAN JALAN DIBIAR..

Kemalangan pada 11/01/14 akibat dari menggelak lubang
BUKIT BESI - Jika setiap pengguna jalan raya yang melalui jalan Jerangau Jabor diberi peluang memberi komen pastinya mereka  akan sumpah meranah. Apa tidaknya sudah bertahun kerosakan jalan ini terutama bermula dari simpang Bukit Besi hinggalah ke sempadan Pahang seolah tiada kesudahanya.

Tahun lepas Kementerian umum berbilion ringgit untuk selesaikan masalah ini. Tapi peruntukan hilang dilarikan hantu jembalang yang berkeliaran di sepanjang jalan ini. Ratusan ribu duit pengguna terpaksa di buang semata-mata baik pulih kenderaan yang rosak akibat dari lubang yang besar.

Ibarat kata orang ganu kita " elok kanan bahang lubag kiri ,  kalu rempuh pecoh rim, kalu brek orang langgor belakang". Nyawa sudah beratus melayang kerana dan faktor jalan yang teruk ini.

Minggu lepas kementerian umum lagi peruntukan untuk baiki jalan di seluruh semenajung berjumlah RM 10.5 Bilion, namun ini semua satu lakunan dan sandiwara. Melibatkan keselamatan rakyat pun Kerajaan Barisan Nasional menengok sebelah mata. Pastinya nanti peruntukan yang begitu besar hanya makanan hantu- hantu.

# Bicara rakyat

Friday, 10 January 2014


Sungai Keleming

HUJAN TANPA HENTI

Apakah Dungun bakal diterjah banjir lagi. Hari ini hujan turun tanpa henti dan air mula melimpah tebing di Hulu Dungun .

Kampung Pasir raja mencatatkan dan bacaan paras air sungai pada jam 11:30 malam sudah melepasi paras bahaya. Penduduk sudah mula mengemas barangan mereka dan bersiap sedia hadapi sebarang kemungkinan. Kali ini mereka agak bersedia.

Sekitar jam 1pagi air sudah mula memenuhi permukaan sekitar penempatan disana sekitar catatan paras 0.2 meter.

Hujan juga turun di Bandar Dungun tanpa henti. Fenomena ini mungkin menyebabkan pertembungan air Hulu yg mengalir di Sungai Dungun dan aliran ini memungkinkan segala kemungkinan.

#HD Hati Dungun.

Sunday, 5 January 2014



HOSPITAL BARU, RAKYAT TAGIH JANJI

DUNGUN -Kerajaan negeri Terengganu berjanji akan segerakan pembinaan hospital Dungun apabila ditanya di sidang Dewan Undangan Negeri pada 12 Disember 2012. Exco Kerajaan ketika itu Dr. A.Rahman memberi jaminan perkara ini sangat mendesak.

Katanya fasa pertama pembinaan hospital itu akan bermula pada pertengahan tahun depan dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan seluruhnya. Hospital ini akan dibina menerusi peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia secara ' Private Financing Initiative' (PFI)

Setahun berlalu, ini bukan kali pertama janji dihambur oleh kerajaan BN. Menteri Besar juga pernah memberi kenyataan semasa lawatanya di Hospital Dungun satu masa dahulu. Timbalan Perdana Menteri sendiri pernah berjanji di hadapan rakyat di Dungun dengan bersemangat dan tanpa ada unsur pelawok.

Setiap kali berlaku kemalangan jalanraya yang melibatkan mangsa melebihi dua orang, pastinya kelam kabutlah suasana di Hospital ini. Jika ada kes yang serius pastinya juga pesakit lain terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam sebelum dirawat.

itu tidak termasuk pesakit terpaksa di pindahkan jika berlaku hujan lebat di kawasan ini. Dan kejadian ini pernah berlaku di sini.Tapi semua ini bagai menjadi tradisinya pemimpin umno akan bermanis bibir berjanji dan menjadi modal gula-gula untuk menipu masyarakat dungun, baik dari penyokongnya sendiri.

Hospital ini juga akan bertambah kelam dan huru hara jika ada kes kebocoran gas di kawasan Industri Petrokimia di Paka dan kertih, dan ini pernah melakar sejarah beberapa tahun lalu berlaku kejadian seperti ini.

Sampai bilakah Rakyat dungun terpaksa hadapi suasana ini dan menjadi mangsa pembohongan pemimpin yang tanpa segan silu bermain politik walaupun melibatkan isu Hospital ini.


Bicara HD Hati Dungun

 AMARAN LAUT BERGELORA...AMARAN GELORA JIWA RAKYAT MACAMANA?

Dungun- Laut sepanjang Pantai Dungun tidak terkecuali dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.Keadaan ini dijangka akan berterusan sehingga esok.
          
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin dengan kelajuan dari 40 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
          
Kenyataan itu juga menyebut angin kencang dan ribut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Condore dan Reef North turut dijangka berterusan sehingga Jumaat.
          
Keadaan angin kencang yang bertiup dari 50 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
          
Namun semua ini satu keadaan alam, gelora terhadap keperitan hidup rakyat bagai disampahkan oleh pihak kerajaan. Tanyalah semua rakyat di Dungun ini yang baru sahaja terkepung banjir. Tanyalah mereka yang baru sahaja mendaftar anak ke sekolah. keluh kesah mereka bagai irama asyik Menteri Besar dan Exco.
          
Jalan yang sejengkal pun di  bandar Dungun ini mengambil masa 6 tahun, tu pun entah bila siapnya.
Hospital baharu yang dijanjikan RM150 juta bagai hilang ditelan gelora laut. Veldrom untuk belia mengasah bakat sukan basikal entah hilang di mana Failnya.

Agaknya inilah hukuman yang Mat said jatuhkan kepada Masyarakat Dungun yang memberi tamparan besar apabila rakyat memahat 4-0 di Dungun ini untuk memberi isyarat kepada pemerintah.

Semoga kebangkitan kesedaran rakyat Dungun menjadi kilang baja, yang akan menyuburkan kebencian kepada kerajaan Malaysia .

# Bila Hati Dungun Berbicara.
HOSPITAL DUNGUN OH HOSPITAL DUNGUN... UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT PUN PEMIMPIN NEGARA SANGGUP PELAWOK!!!!
alt

Friday, 3 January 2014

KIANAT

Beribu pucuk paku bertaburan di Lebuh Raya Pantai Timur ( LPT ) di antara susur Ajil - Bukit Besi.
Bayangkan apa yang akan berlaku jika terkena tayar kita. Ramai pengguna LPT ini mengadu tayar kenderaan mereka pancit.

Satu harapan dan gesaan kepada pihak peronda Lebuhraya ini dapat membersihkan taburan paku di permukaan LPT. Ini semua bakal mengundang kecelakaan di lebuhraya ini. Laluan ini juga kerap berlaku kemalangan maut.


Al-Faqir ilallah,
HD Hati Dungun.




Thursday, 2 January 2014

KOMPLEKS TEKSTIL GAH KESUNYIAN

Tahun 2014 sudah jelmakan kelibatnya. Hanya janji-janji tertinggal sekali dilabuhan tahun berlalu.
Sudah dibawa degilasi dari China yang dikatakan pelabur tekstil terbesar China pusing-pusing namun
tiada tanda semacam ianya akan beroperasi dalam masa terdekat. Apakah sekali lagi duit rakyat terlebur?
RM40.7juta bakal lenyap tanpa memberi pulangan kepada rakyat dan negeri?

Dikatakan sebuah syarikat  tekstil dari Guangzhou China melabur RM500 juta untuk menjalankan perniagaan di kompleks tersebut. Namun sekadar catatan yang tersurat. Bagaimana pula dengan Syarikat tempatan?

Ahli Parlimen Kemaman pernah melakar penulisanya yang PITC akan menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil terbesar di Asia Tenggara. Syarikat berkenaan juga akan membina sebuah lagi bangunan reka bentuk yang sama dengan kompleks tekstil sedia ada. Ini sudah pasti akan merancakkan lagi pembangunan di Kijal.

Para pelabur dari China ini juga akan membawa masuk pelbagai lagi produk yang dihasilkan oleh mereka untuk dipasarkan di Kijal. Syarikat tekstil dari China yang sebelum ini berpengkalan di Singapura akan memindahkan operasinya di Kijal dan seterusnya menjadikan kawasan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil negara.

Pengerusi PITC, Dai Bing Nam menyatakan bahawa kesediaan kerajaan negeri dalam memberi prasarana kemudahan menyebabkan syarikat beliau tertarik untuk melabur. Tempatnya yang berdekatan dengan Teluk Kalong juga memudahkan syarikatnya untuk mengeskport barangan tekstil tersebut terus dari China.Ini diantara hamparan harapan yang disogok kepada media dan rakyat. Namun keyakinan ini sedikit pudar setelah tahun 2014 meniti usianya.

HD Hati Dungun.


Mengharap kebaikan di sebalik kesulitan dan kesengsaraan.

Assalamu’alaikum warahmatullah,
Bismillahirrahmanirrahim.

Selalu disebut orang bahawa sebagai hamba Tuhan, kita manusia hanya berhak berusaha dan mengharap. Ada pun ketentuan  di atas sesuatu perkara yang kita usaha dan harapkan itu segalanya terpulang kepada Allah SWT.

Banyak keadaan juga, kita mengharapkan sesuatu yang diusahkan itu membuahkan hasil yang begitu dan begini. Pada anggapan dan perhitungan kita itulah hasil dan pengharapan paling baik buat kita .

 Namun, kerap juga berlaku tidak semua hasil itu terjadi sepertimana diharapkan. Apa yang akhirnya berlaku tidak  menepati apa yang di hajati. Bahkan, ada ketikanya kita terpaksa menerima keadaan yang sama sekali bertentangan dengan apa yang dicita-citakan.

Al-Faqir ilallah,
HD Hati Dungun.